Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan dan berundur daripada biro politik dan jawatankuasa pusat ke-13 Parti Komunis Vietnam (CPV), lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Vietnam pada Selasa.<br /><br />Beliau yang membuat keputusan itu atas kehendak peribadinya mengumumkan peletakan jawatan itu pada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat CPV pada Selasa, kata agensi berita rasmi itu.
